Sunday, February 14, 2010

Mid semester break

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 1 Rabi'ul Awal 1431 H, 15 Februari 2010 masuk hari kedua mid semester break. Aku masih berada di UTM tercinta he2!, keadaan di UTM teramat lah sunyi sepi, tahu lah aku ini lah keadaan UTM bila mana semua pelajar UTm pulang ke Kampung. Walaupun sunyi sepi, terasa jugak kedamaian dan ketenangan berada di UTm di saat semua pelajar yang lain berada di kampung. Inilah niat sebenar Aku untuk tidak pulang awal ke kampung semester break kali ni.

Mencari ketenangan dan bermuhasabah diri dalam keadaan tenang dan damai. Bukan kata lupa atau tak rindukan keluarga di kampung, semestinya seorang anak rindukan mak ayah, teramat lah rindu kat kedua-dua ibu bapa aku di saat aku keseorangan berada di Blok K36 Ni. Janga bersedih ibu ku, ayah ku, kepulangan anak mu akan tiba,he2! tiket belum beli, InsyaAllah balik hari khamis malam Jumaat, hanya dua hari di kampung, cukup la 2 untuk melepaskan rindu pada keluarga. Kalau nk ikutkan hati 2 bulan, 2 tahun pun tak cukup.

PSM belum siap, sebelum balik, InsyaAllah siapkan mana-mana yang perlu. Niat kedua tak balik awal, buat PSM he2!.Niat ketiga nak habiskan masa-masa yang ada di UTM tercinta ni memndangkan lagi 2 bulan aku berada disini, InsyaAllah bulan 4 ni tamatlah pengajian aku di UTM di peringkat Sarjana Muda Ukur Bahan. Teruskan usaha,buat yang terbaik last semester ni,Chaiyokk2!!

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!

No comments:

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger