Friday, April 23, 2010

Submit tesis


~With my beloved friend~


~Ngah Sign~


~Kenangan di BIC; hari penyerahan tesis geng Kuda Luat~


~My tesis~


Tesis Geng Kuda Laut; akhirnya nama kami terpahat disini.
Alhamdulilah..

dinner mbc; Senibong

Makan malam di senibong bersama kawan-kawan. Agak jauh perjalan daripada UTM dalam 30km, ambil masa dalam 45minit ke sana. makan malam ni aku dh plan daripada sem lepas, sebagai meraikan ahli group final project (Aini,Dayang,Amy,Sakinah,Zul,Kam,Nur,Sarah). Tapi xsngka jdi ramai sebab kwan2 yang lain pun join. Rasanya sangat puas hati, masakan sedap (seafoods) dan suasana kt senibong sangat cantik. Sangat meriah & happy malam 2. Blik agak lambat,sampi UTM sempat lg bergambar di depan pintu msuk UTM sebagai kenangan. papepun, Tq kawan-kawan.







Monday, April 19, 2010

Tesis

Dua tiga hari kebelakangan ni aku tak tido malam, kerjanya mengedit tesis. Kerja yang menyakitkan mata, dua tiga jam mengadap pc. Sekarang ni jam dah pukul 3.52 pagi, ku masih mengadap pc kesygn. Sok pg nak kne jumpe 2nd reader, Dr Razali tuk dapatkan sign. Petang tdi dh dapt sign dri Dr Maizon, penyelia PSM. Tinggl lgi sign drp Dr Razali. lepas 2 pg print dan jilid 23 april nk kne submit. Lepas submit tesis, blh blik kg. yes!!

Saturday, April 17, 2010

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Khas buat sahabat tersayang,
Aini Syazwani Binti Md Akhir

Friday, April 16, 2010

Bakar Aye

Great bbq! after final exam..sbq + sbc







Tuesday, April 13, 2010

The End

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memudahkan aku dalam menghadapi VIVA dan peperiksaan akhir. Akhirnya tamat sudah segala kekusutan di kepala dan kerisauan di hati. Viva dah lepas, exam pun dah bis. Aku berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T semoga segala usaha yang telah dilakukan akan memberi sedikit (kalau boleh nak banyak) kegembiraan dan keceriaan. Semoga Aku, sahabat tercinta dan kawan-kawan lulus dengan cemerlang. Cepat sungguh masa berlalu, tamat sudah pengajian aku.

-------fikirkan perancangan seterusnya-------

Sunday, April 11, 2010

Dilema Seorang Orang Yang Sorang

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..



Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......
(ditulis oleh usman awang)

Saturday, April 3, 2010

Final exam + Viva

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya aku masih bernafas dan menikmati segala nikmat dan kurniaan yang tak ternilai di UTm bumi bertuah ini.

Seminggu, 2 minggu yang lepas agak sibuk dengan tugasan, pembentangan PED,VM dan submit PSM. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, kekurangan dan kelemahan datangnya daripada diri sendiri, daripada situ dapat belajar untuk ke arah yang lebih baik. Usaha tangga Kejayaan,sekarang ni zaman dah maju tak pakai sangat dah tangga, pakai lift. 'Usaha lift kejayaan' (kawan akunya ayat).

Seminggu ni terasa agak lapang, study week. Ulangkaji ke tak?? dah start study ke???dah banyak study??dah bis study ke?? tu la soklan yang selalu kawan-kawan tanya.

Debaran makin terasa, masing-masing duk cakap takut, cuak, runsing, risau bila jadual pembentangan PSM keluar (VIVA). Berviva dalam minggu peperiksaan, agak memberi kesan kepada tumpuan pada finl exam.

Semoga dapat buat yang terbaik untuk final exam dan VIVA nanti.
Good Luck untuk diri sendiri dan kepada kawan-kawan semua.
selamat menduduki peperiksaan akhir dan berVIVA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Sunday, March 14, 2010

Surveying Conference

بسم الله الرحمن الرحيم

2nd international conference serveying for undergradutees 2010 was held on 12 until March 13, 2010, organized by The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) and The Institution of Surveyors Malaysia and hosted by The Department of Quantity Surveying, Faculty of Built Environment, UTM. Between universities and colleges that participate in this conference are UiTM, USM, UTAR, UM, Taylor's College, Chongoing University, Thammasat University, Thailand and Assummtion Universtity of Huazhong University of Science and Technology.

So lucky because I also participate in this conference, a very valuable experience, increase knowledge and know current issues about the construction industry. congratulations to my friends that have successfully followed this conference.





hopefully this day better than yesterday

Friday, March 12, 2010

Koleksi Trip penang'10

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, lawatan Akademik Pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, UTM ke Pulau Pinang telah berjalan dengan baik antara 3 jan hingga 7 jan 2010.

3 jan 2010; bertolak dari UTM ke USM
4 jan 2010; sampai di USM,antara aktiviti di USM;dengar Talk daripada Prof Sr Azlan, Ramah mesra dengan plajar ukur bahan USM,melawat museum usm, Main Sukaneka dan futsal, malam BBQ.
5 jan 2010; Site visit (Penang Port),P IJM Land, naik feri dan Jalan-jalan sekitar penang.
6 jan 2010; P War Muzeum, Taman Botani, p mandi di Pantai Batu Ferringhi dan malam 2 p jalan-jalan di pasar malam terpanjang di Pulau pinang.
7 jan 2010; Bertolak balik ke UTM

USM


MUSEUM USM





PENANG PORT





IJM LAND









Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Saturday, February 27, 2010

demam PSM

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Permudahkan segala urusan hamba Mu Ya Allah,Permudahkan aku menyiapkan PSm,
Permudahkan aku membuat analisis data,Sesungguhnya Kau Maha pengasih,
Maha Penyayang lagi Maha Kuasa.isnin submit PSM,
InsyaAllah dengan izinNya, semuanya akan berjalan dengan baik.amin Ya Allah...

~Buat PSM sambil dengar lagu wali, tomat ~tobat maksiat
~Jom layang
~semoga sentiasa dapat bermuhasabah diri

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Thursday, February 25, 2010

Green card training

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم


Mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan,Fakulti Alam Bina,UTM

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, pada 24 feb 2010 aku dan rakan-rakan sekuliah telah berjaya mengikuti kursus kad hijau yang dibimbing oleh En. Ahmadin Bin Bakri. Objektif utama kursus ini adalah memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina.Kelebihan utama kepada mereka yang memiliki kad hijau ialah mereka dilindungi 24 jam dimana jua mereka berada yang mana sekiranya ditimpa kemalangan mereka boleh membuat tuntutan bayaran daripada CIDB.

Mati kemalangan; RM21,000,
Mati Biasa; RM3,000,
Kelihatan kekal seluruh badan akibat kemalangan;RM18,000
Belanja Pengebumian; RM5oo
Kecacatan kekal seluruh badan; RM3,000
Manfaat Wad Hospital sebab kemalangan; RM25/hari selama 25 hari.

Wahh kalau mati kemalangan banyak tu boleh claim.
boleh buat belanja adakan Tahlil arwah selalu.
Ape pun, jauhi diri daripada hazard kerana ia boleh menyebabkan seseorang ditimpa kemalangan, sayangilah diri anda dan orang tersayang.

Somoga hari ini lebih baik daripada semalam..

Menghayati Maulidur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


Tiada ungkapan bagi menceritakan kehalusan akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda adalah contoh dan tauladan yang paling agung di dalam sejarah kehidupan manusia. Bukan sahaja seluruh makhluk menyayanginya bahkan Allah s.w.t amat menyayanginya.

Di dalam sebuah hadith Qudsi ada dinyatakan yang mafhumnya : " Kalau tidak kerana engkau, wahai Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini." Di dalam Surah Al-Saba' ayat 28 pula, Allah s.w.t berfirman : " Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa khabar gembira (rahmat) kepada umat manusia (seluruh alam) dan memberi peringatan-peringatan, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Di dalam surah Al-Ahzab ayat 21, Allah berfirman : " Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang baik untuk kamu." Begitulah puji-pujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kekasihnya Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umatnya harus berbangga dan sewajarnya memikul tugas untuk mengembangkan risalah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. Dengan itu semoga Allah akan terus merahmati umatnya dengan mengurniakan kesejahteraan dan keamanan.

Semoga dengan mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w akan menyegarkan rasa cinta dan kasih kita kepada beliau.
Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda... Amin

Semoga hari ini lebih baik daripda semalam.

Tuesday, February 23, 2010

Terusik Hati

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Aku memohon ketenangan dan kesejahteraan dari Mu ya Allah, Semoga aku tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan liku-liku kesusahan dan kesukaran, kesedihan dan kepiluan, keperitan dan keresahan. Ya Allah, hanya pada Mu tempat ku mengadu, hanya pada Mu tempat ku memohon pertolongan dan hanya pada Mu ku menitiskan air mata kesedihan dan kesyukuran. Hatiku terusik ya Allah, hanya Kau yang tahu segala-galanya, berikanlah aku kekuatan, berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu.

Semoga aku sentiasa berada disisi Mu, dekat dengan Mu Ya Allah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Monday, February 22, 2010

Trip Penang; 3 mac 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada 3-7Mac 2010 akan datang, QSbina akan mengadakan satu lawatan akademik ke penang. Lawatan ini melibatkan Mahasiswa Tahun akhir Program Sarjana Muda Ukur Bahan (dak2 clas aku),UTM Skudai. Lawatan ini juga merupakan trip ke-2 bagi Program lawatan akademik subjek Ukur Binaan iv (cesmm). Aktiviti utama adalah mengadakan lawatan ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh (kalau tak silap aku). Aktiviti kedua ialah mengadakan kunjungan ke USM untuk program ramah mesra bersama Mahasiswa Ukur bahan disana, antara aktiviti utama adalah mengadakan perlawanan persahabatan antara pelajar QS UTM dan USM, semestinya la main futsal dan banyak lagi aktivit-aktiviti lain yang khbarnya akan dijalankan. (Sungguh skema ayat aku)

Semoga berjalan dengan baik dan lancar.
Dah tak sabar nak pergi!;d

Semoga hari ini lebih barik daripada semalam!

Sunday, February 21, 2010

Kembara Berkelah

بسم الله الرحمن الرحيم


Trip berkelah satu kenangan terindah. Sebelum ni aku dah postkan gambar-gambar trip bekelah ni, gambar ni saja aku postkan balik sebab lawa selepas kawan (anis) aku editkan. Aku siap buat background pc aku lg gambar ni. Gambar diperolehi daripada facebook anis; http://www.facebook.com/photo.php?pid=1326802&id=1187319846

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Kembali ke UTM

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selamat kembali ke UTm, tepat jam 7.00 pagi tadi aku sampai, Semalam bertolak dari kampung pukul 9.00 malam.Naik bus Free, Ribuan terima kasih diucapkan kepada PERMATA Persatuan anak negeri Terengganu dan Yayasan Negeri Terengganu kerana telah menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk anak-anak Terengganu pulang ke kampung untuk mid semester break dan pulang kembali ke UTm.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya telah permudahkan perjalanan kami daripada Terengganu ke UTM,skudai.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, February 18, 2010

Hari terakhir sebelum balik kampung

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir sebelum balik kampung;

Paginya aku keluar pergi edarkan questionaire kt area tampoi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walupun masa nak balik tu terpaksa meredah hujan, agak basah sebab naik moto wave kesayangan haha. PSM punya pasal, hujan pun aku redah.

Petangnya melepak kat gerai Makyah dengan member2, pekena cucur udang. Malam ni aku dah gerak balik setiu. member2 semua dari kampung nak balik utm,aku lak baru nak balik dari utm ke kg haha, balik lambat sikit. Kat kampung nanti dua hari satu malam je, Ok la tu rindu nak makan pengat jagung mak aku..hee.

Sekarang ngah packing bag yang nak bawa balik, sebelum 2 menulis jap ni hee. Naik bus malam ni pukul 8.30 di sri putri, mintak tolong bak tolong antakan. Niat naik bus je terus tido, sebab sekarang ni kepala aku sangat pening, kena hujan pagi tadi kot. cukup la dulu, aku nk pegi kemas-kemas apa yang patut.
Ya Allah, selamatkan perjalanan ku..

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, February 14, 2010

Mid semester break

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 1 Rabi'ul Awal 1431 H, 15 Februari 2010 masuk hari kedua mid semester break. Aku masih berada di UTM tercinta he2!, keadaan di UTM teramat lah sunyi sepi, tahu lah aku ini lah keadaan UTM bila mana semua pelajar UTm pulang ke Kampung. Walaupun sunyi sepi, terasa jugak kedamaian dan ketenangan berada di UTm di saat semua pelajar yang lain berada di kampung. Inilah niat sebenar Aku untuk tidak pulang awal ke kampung semester break kali ni.

Mencari ketenangan dan bermuhasabah diri dalam keadaan tenang dan damai. Bukan kata lupa atau tak rindukan keluarga di kampung, semestinya seorang anak rindukan mak ayah, teramat lah rindu kat kedua-dua ibu bapa aku di saat aku keseorangan berada di Blok K36 Ni. Janga bersedih ibu ku, ayah ku, kepulangan anak mu akan tiba,he2! tiket belum beli, InsyaAllah balik hari khamis malam Jumaat, hanya dua hari di kampung, cukup la 2 untuk melepaskan rindu pada keluarga. Kalau nk ikutkan hati 2 bulan, 2 tahun pun tak cukup.

PSM belum siap, sebelum balik, InsyaAllah siapkan mana-mana yang perlu. Niat kedua tak balik awal, buat PSM he2!.Niat ketiga nak habiskan masa-masa yang ada di UTM tercinta ni memndangkan lagi 2 bulan aku berada disini, InsyaAllah bulan 4 ni tamatlah pengajian aku di UTM di peringkat Sarjana Muda Ukur Bahan. Teruskan usaha,buat yang terbaik last semester ni,Chaiyokk2!!

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!

Doa untuk Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Email drp shbat; nor shazwani
semoga hari ni lebih baik daripada semalam

Saturday, February 13, 2010

Hikmah Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم
Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof
semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Friday, February 12, 2010

Kesedihan melanda diriku

بسم الله الرحمن الرحيم

Last semester ni terlalu banyak dugaan dan cabaran aku tempuhi yang tak manpu aku luahkan di sini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan ujianMu.

Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu, aku terasa semakin jauh dariMu, berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu supaya aku dekat dengan Mu ya Allah.

Saat aku bersedih mengigatkan diri yang semakin jauh dariNya.


Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, February 7, 2010

bbq besday nan & fendi

Malam bbq di tepi tasik UTM telah diadakan sempena menyambut ulang tahun kelahiran nana dan fendi bermula jam 8.45 hingga jam 1.00 pg.
santai habiss! antara koleksi gambar kenangan malam bbq...

selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 23 kepada kawan aku nana & fendi, semoga korang happy sokmo dan berjaya dalam perjuangan hidup.


wahh romantik sungguh malam 2! makan roti canai dulu ya kawan-kawan ku sementara menunggu chefwan siap bakar ayam. he2!


sungguh cute kawan-kawan aku nih!


ha ni dia chef2 masakan kita pada malam 2. pakar masakan terhebat nih!
senyum manis chef2 kita, patut rasa ayam malam 2 sungguh sedap..he2!


jaga-jaga pit potong sosej 2, kan terpotong lengan 2..haha!


ramai sungguh chef kita malam 2 haha2! riang sungguh!


jomm makan2..alahai sedapnya....

empat lelaki macho, terhangat dipasaran haha!


berseronok selepas makan....


posing habis...

sempat bergurau senda!

dah nak balik kolej, tido!...

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger