Sunday, February 14, 2010

Mid semester break

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni 1 Rabi'ul Awal 1431 H, 15 Februari 2010 masuk hari kedua mid semester break. Aku masih berada di UTM tercinta he2!, keadaan di UTM teramat lah sunyi sepi, tahu lah aku ini lah keadaan UTM bila mana semua pelajar UTm pulang ke Kampung. Walaupun sunyi sepi, terasa jugak kedamaian dan ketenangan berada di UTm di saat semua pelajar yang lain berada di kampung. Inilah niat sebenar Aku untuk tidak pulang awal ke kampung semester break kali ni.

Mencari ketenangan dan bermuhasabah diri dalam keadaan tenang dan damai. Bukan kata lupa atau tak rindukan keluarga di kampung, semestinya seorang anak rindukan mak ayah, teramat lah rindu kat kedua-dua ibu bapa aku di saat aku keseorangan berada di Blok K36 Ni. Janga bersedih ibu ku, ayah ku, kepulangan anak mu akan tiba,he2! tiket belum beli, InsyaAllah balik hari khamis malam Jumaat, hanya dua hari di kampung, cukup la 2 untuk melepaskan rindu pada keluarga. Kalau nk ikutkan hati 2 bulan, 2 tahun pun tak cukup.

PSM belum siap, sebelum balik, InsyaAllah siapkan mana-mana yang perlu. Niat kedua tak balik awal, buat PSM he2!.Niat ketiga nak habiskan masa-masa yang ada di UTM tercinta ni memndangkan lagi 2 bulan aku berada disini, InsyaAllah bulan 4 ni tamatlah pengajian aku di UTM di peringkat Sarjana Muda Ukur Bahan. Teruskan usaha,buat yang terbaik last semester ni,Chaiyokk2!!

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!

Doa untuk Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Email drp shbat; nor shazwani
semoga hari ni lebih baik daripada semalam

Saturday, February 13, 2010

Hikmah Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم
Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof
semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Friday, February 12, 2010

Kesedihan melanda diriku

بسم الله الرحمن الرحيم

Last semester ni terlalu banyak dugaan dan cabaran aku tempuhi yang tak manpu aku luahkan di sini.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan ujianMu.

Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu, aku terasa semakin jauh dariMu, berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu supaya aku dekat dengan Mu ya Allah.

Saat aku bersedih mengigatkan diri yang semakin jauh dariNya.


Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, February 7, 2010

bbq besday nan & fendi

Malam bbq di tepi tasik UTM telah diadakan sempena menyambut ulang tahun kelahiran nana dan fendi bermula jam 8.45 hingga jam 1.00 pg.
santai habiss! antara koleksi gambar kenangan malam bbq...

selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 23 kepada kawan aku nana & fendi, semoga korang happy sokmo dan berjaya dalam perjuangan hidup.


wahh romantik sungguh malam 2! makan roti canai dulu ya kawan-kawan ku sementara menunggu chefwan siap bakar ayam. he2!


sungguh cute kawan-kawan aku nih!


ha ni dia chef2 masakan kita pada malam 2. pakar masakan terhebat nih!
senyum manis chef2 kita, patut rasa ayam malam 2 sungguh sedap..he2!


jaga-jaga pit potong sosej 2, kan terpotong lengan 2..haha!


ramai sungguh chef kita malam 2 haha2! riang sungguh!


jomm makan2..alahai sedapnya....

empat lelaki macho, terhangat dipasaran haha!


berseronok selepas makan....


posing habis...

sempat bergurau senda!

dah nak balik kolej, tido!...

Thursday, January 28, 2010

Pro-Aspirasi menang lagi di 3 kampus utama

Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan lewat malam tadi, kumpulan tersebut menewaskan musuh tradisinya pro-Mahasiswa (pro-M) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di UKM, pro-A memenangi 19 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 15 kerusi. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Di UTM, pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

Sementara keputusan di USM pula, pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi.

Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

Keputusan kampus Kubang Kerian belum diperolehi setakat ini. Universiti berkenaan mempertandingkan 39 kerusi.

drp; http://www.malaysiakini.com/news/

Wednesday, January 27, 2010

Yakin diri- Iskandar Zulkarnain


Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia di beritahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.
"mengapa kasut itu terlalu istimewa"?
"siapa yang mampu membuka talinya yang tersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia,"
jawab seorang pengikutnya.
"kalau demikian bawa aku ke sana!"

Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu di tempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Seletah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.
"Nah sekarang aku akan menakluki dunia!"

Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, semuanya gagal. Mereka hairan melihat bertapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. dan terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar berjaya menakluki dunia!

Pengajaran : Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. mereka berjiwa besar berani menempun jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Dan mereka selalunya mampu berfikir "di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger