Thursday, February 25, 2010

Green card training

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم


Mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan,Fakulti Alam Bina,UTM

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, pada 24 feb 2010 aku dan rakan-rakan sekuliah telah berjaya mengikuti kursus kad hijau yang dibimbing oleh En. Ahmadin Bin Bakri. Objektif utama kursus ini adalah memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina.Kelebihan utama kepada mereka yang memiliki kad hijau ialah mereka dilindungi 24 jam dimana jua mereka berada yang mana sekiranya ditimpa kemalangan mereka boleh membuat tuntutan bayaran daripada CIDB.

Mati kemalangan; RM21,000,
Mati Biasa; RM3,000,
Kelihatan kekal seluruh badan akibat kemalangan;RM18,000
Belanja Pengebumian; RM5oo
Kecacatan kekal seluruh badan; RM3,000
Manfaat Wad Hospital sebab kemalangan; RM25/hari selama 25 hari.

Wahh kalau mati kemalangan banyak tu boleh claim.
boleh buat belanja adakan Tahlil arwah selalu.
Ape pun, jauhi diri daripada hazard kerana ia boleh menyebabkan seseorang ditimpa kemalangan, sayangilah diri anda dan orang tersayang.

Somoga hari ini lebih baik daripada semalam..

Menghayati Maulidur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


Tiada ungkapan bagi menceritakan kehalusan akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda adalah contoh dan tauladan yang paling agung di dalam sejarah kehidupan manusia. Bukan sahaja seluruh makhluk menyayanginya bahkan Allah s.w.t amat menyayanginya.

Di dalam sebuah hadith Qudsi ada dinyatakan yang mafhumnya : " Kalau tidak kerana engkau, wahai Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini." Di dalam Surah Al-Saba' ayat 28 pula, Allah s.w.t berfirman : " Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa khabar gembira (rahmat) kepada umat manusia (seluruh alam) dan memberi peringatan-peringatan, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Di dalam surah Al-Ahzab ayat 21, Allah berfirman : " Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang baik untuk kamu." Begitulah puji-pujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kekasihnya Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umatnya harus berbangga dan sewajarnya memikul tugas untuk mengembangkan risalah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. Dengan itu semoga Allah akan terus merahmati umatnya dengan mengurniakan kesejahteraan dan keamanan.

Semoga dengan mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w akan menyegarkan rasa cinta dan kasih kita kepada beliau.
Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda... Amin

Semoga hari ini lebih baik daripda semalam.

Tuesday, February 23, 2010

Terusik Hati

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Aku memohon ketenangan dan kesejahteraan dari Mu ya Allah, Semoga aku tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan liku-liku kesusahan dan kesukaran, kesedihan dan kepiluan, keperitan dan keresahan. Ya Allah, hanya pada Mu tempat ku mengadu, hanya pada Mu tempat ku memohon pertolongan dan hanya pada Mu ku menitiskan air mata kesedihan dan kesyukuran. Hatiku terusik ya Allah, hanya Kau yang tahu segala-galanya, berikanlah aku kekuatan, berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu.

Semoga aku sentiasa berada disisi Mu, dekat dengan Mu Ya Allah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Monday, February 22, 2010

Trip Penang; 3 mac 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada 3-7Mac 2010 akan datang, QSbina akan mengadakan satu lawatan akademik ke penang. Lawatan ini melibatkan Mahasiswa Tahun akhir Program Sarjana Muda Ukur Bahan (dak2 clas aku),UTM Skudai. Lawatan ini juga merupakan trip ke-2 bagi Program lawatan akademik subjek Ukur Binaan iv (cesmm). Aktiviti utama adalah mengadakan lawatan ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh (kalau tak silap aku). Aktiviti kedua ialah mengadakan kunjungan ke USM untuk program ramah mesra bersama Mahasiswa Ukur bahan disana, antara aktiviti utama adalah mengadakan perlawanan persahabatan antara pelajar QS UTM dan USM, semestinya la main futsal dan banyak lagi aktivit-aktiviti lain yang khbarnya akan dijalankan. (Sungguh skema ayat aku)

Semoga berjalan dengan baik dan lancar.
Dah tak sabar nak pergi!;d

Semoga hari ini lebih barik daripada semalam!

Sunday, February 21, 2010

Kembara Berkelah

بسم الله الرحمن الرحيم


Trip berkelah satu kenangan terindah. Sebelum ni aku dah postkan gambar-gambar trip bekelah ni, gambar ni saja aku postkan balik sebab lawa selepas kawan (anis) aku editkan. Aku siap buat background pc aku lg gambar ni. Gambar diperolehi daripada facebook anis; http://www.facebook.com/photo.php?pid=1326802&id=1187319846

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Kembali ke UTM

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selamat kembali ke UTm, tepat jam 7.00 pagi tadi aku sampai, Semalam bertolak dari kampung pukul 9.00 malam.Naik bus Free, Ribuan terima kasih diucapkan kepada PERMATA Persatuan anak negeri Terengganu dan Yayasan Negeri Terengganu kerana telah menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk anak-anak Terengganu pulang ke kampung untuk mid semester break dan pulang kembali ke UTm.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya telah permudahkan perjalanan kami daripada Terengganu ke UTM,skudai.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, February 18, 2010

Hari terakhir sebelum balik kampung

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari terakhir sebelum balik kampung;

Paginya aku keluar pergi edarkan questionaire kt area tampoi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walupun masa nak balik tu terpaksa meredah hujan, agak basah sebab naik moto wave kesayangan haha. PSM punya pasal, hujan pun aku redah.

Petangnya melepak kat gerai Makyah dengan member2, pekena cucur udang. Malam ni aku dah gerak balik setiu. member2 semua dari kampung nak balik utm,aku lak baru nak balik dari utm ke kg haha, balik lambat sikit. Kat kampung nanti dua hari satu malam je, Ok la tu rindu nak makan pengat jagung mak aku..hee.

Sekarang ngah packing bag yang nak bawa balik, sebelum 2 menulis jap ni hee. Naik bus malam ni pukul 8.30 di sri putri, mintak tolong bak tolong antakan. Niat naik bus je terus tido, sebab sekarang ni kepala aku sangat pening, kena hujan pagi tadi kot. cukup la dulu, aku nk pegi kemas-kemas apa yang patut.
Ya Allah, selamatkan perjalanan ku..

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger