Sunday, March 14, 2010

Surveying Conference

بسم الله الرحمن الرحيم

2nd international conference serveying for undergradutees 2010 was held on 12 until March 13, 2010, organized by The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) and The Institution of Surveyors Malaysia and hosted by The Department of Quantity Surveying, Faculty of Built Environment, UTM. Between universities and colleges that participate in this conference are UiTM, USM, UTAR, UM, Taylor's College, Chongoing University, Thammasat University, Thailand and Assummtion Universtity of Huazhong University of Science and Technology.

So lucky because I also participate in this conference, a very valuable experience, increase knowledge and know current issues about the construction industry. congratulations to my friends that have successfully followed this conference.





hopefully this day better than yesterday

Friday, March 12, 2010

Koleksi Trip penang'10

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, lawatan Akademik Pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, UTM ke Pulau Pinang telah berjalan dengan baik antara 3 jan hingga 7 jan 2010.

3 jan 2010; bertolak dari UTM ke USM
4 jan 2010; sampai di USM,antara aktiviti di USM;dengar Talk daripada Prof Sr Azlan, Ramah mesra dengan plajar ukur bahan USM,melawat museum usm, Main Sukaneka dan futsal, malam BBQ.
5 jan 2010; Site visit (Penang Port),P IJM Land, naik feri dan Jalan-jalan sekitar penang.
6 jan 2010; P War Muzeum, Taman Botani, p mandi di Pantai Batu Ferringhi dan malam 2 p jalan-jalan di pasar malam terpanjang di Pulau pinang.
7 jan 2010; Bertolak balik ke UTM

USM


MUSEUM USM





PENANG PORT





IJM LAND









Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Saturday, February 27, 2010

demam PSM

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Permudahkan segala urusan hamba Mu Ya Allah,Permudahkan aku menyiapkan PSm,
Permudahkan aku membuat analisis data,Sesungguhnya Kau Maha pengasih,
Maha Penyayang lagi Maha Kuasa.isnin submit PSM,
InsyaAllah dengan izinNya, semuanya akan berjalan dengan baik.amin Ya Allah...

~Buat PSM sambil dengar lagu wali, tomat ~tobat maksiat
~Jom layang
~semoga sentiasa dapat bermuhasabah diri

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Thursday, February 25, 2010

Green card training

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم


Mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan,Fakulti Alam Bina,UTM

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, pada 24 feb 2010 aku dan rakan-rakan sekuliah telah berjaya mengikuti kursus kad hijau yang dibimbing oleh En. Ahmadin Bin Bakri. Objektif utama kursus ini adalah memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tapak bina.Kelebihan utama kepada mereka yang memiliki kad hijau ialah mereka dilindungi 24 jam dimana jua mereka berada yang mana sekiranya ditimpa kemalangan mereka boleh membuat tuntutan bayaran daripada CIDB.

Mati kemalangan; RM21,000,
Mati Biasa; RM3,000,
Kelihatan kekal seluruh badan akibat kemalangan;RM18,000
Belanja Pengebumian; RM5oo
Kecacatan kekal seluruh badan; RM3,000
Manfaat Wad Hospital sebab kemalangan; RM25/hari selama 25 hari.

Wahh kalau mati kemalangan banyak tu boleh claim.
boleh buat belanja adakan Tahlil arwah selalu.
Ape pun, jauhi diri daripada hazard kerana ia boleh menyebabkan seseorang ditimpa kemalangan, sayangilah diri anda dan orang tersayang.

Somoga hari ini lebih baik daripada semalam..

Menghayati Maulidur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


Tiada ungkapan bagi menceritakan kehalusan akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda adalah contoh dan tauladan yang paling agung di dalam sejarah kehidupan manusia. Bukan sahaja seluruh makhluk menyayanginya bahkan Allah s.w.t amat menyayanginya.

Di dalam sebuah hadith Qudsi ada dinyatakan yang mafhumnya : " Kalau tidak kerana engkau, wahai Muhammad, nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini." Di dalam Surah Al-Saba' ayat 28 pula, Allah s.w.t berfirman : " Tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa khabar gembira (rahmat) kepada umat manusia (seluruh alam) dan memberi peringatan-peringatan, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Di dalam surah Al-Ahzab ayat 21, Allah berfirman : " Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang baik untuk kamu." Begitulah puji-pujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kekasihnya Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umatnya harus berbangga dan sewajarnya memikul tugas untuk mengembangkan risalah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w. Dengan itu semoga Allah akan terus merahmati umatnya dengan mengurniakan kesejahteraan dan keamanan.

Semoga dengan mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w akan menyegarkan rasa cinta dan kasih kita kepada beliau.
Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda... Amin

Semoga hari ini lebih baik daripda semalam.

Tuesday, February 23, 2010

Terusik Hati

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم

Aku memohon ketenangan dan kesejahteraan dari Mu ya Allah, Semoga aku tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan liku-liku kesusahan dan kesukaran, kesedihan dan kepiluan, keperitan dan keresahan. Ya Allah, hanya pada Mu tempat ku mengadu, hanya pada Mu tempat ku memohon pertolongan dan hanya pada Mu ku menitiskan air mata kesedihan dan kesyukuran. Hatiku terusik ya Allah, hanya Kau yang tahu segala-galanya, berikanlah aku kekuatan, berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu.

Semoga aku sentiasa berada disisi Mu, dekat dengan Mu Ya Allah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Monday, February 22, 2010

Trip Penang; 3 mac 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
Pada 3-7Mac 2010 akan datang, QSbina akan mengadakan satu lawatan akademik ke penang. Lawatan ini melibatkan Mahasiswa Tahun akhir Program Sarjana Muda Ukur Bahan (dak2 clas aku),UTM Skudai. Lawatan ini juga merupakan trip ke-2 bagi Program lawatan akademik subjek Ukur Binaan iv (cesmm). Aktiviti utama adalah mengadakan lawatan ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh (kalau tak silap aku). Aktiviti kedua ialah mengadakan kunjungan ke USM untuk program ramah mesra bersama Mahasiswa Ukur bahan disana, antara aktiviti utama adalah mengadakan perlawanan persahabatan antara pelajar QS UTM dan USM, semestinya la main futsal dan banyak lagi aktivit-aktiviti lain yang khbarnya akan dijalankan. (Sungguh skema ayat aku)

Semoga berjalan dengan baik dan lancar.
Dah tak sabar nak pergi!;d

Semoga hari ini lebih barik daripada semalam!

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger