Friday, September 25, 2009

Cabaran 2009

Tahun 2009 merupakan tahun yang sangat bermakna buat aku dan banyak mengajar aku seribu erti kehidupan yang sebelum ini belum pernah aku perolehi. Sebagai seorang pelajar tahun akhir dalam program Ijazah Sarjana Muka Ukur Bahan, sesi 2009/2010 merupakan satu tempoh yang telah meletakkan aku dalam dunia kesibukan dan di sini bermulanya cabaran yang sangat sukar untuk aku lalui.

Kesukaran dan kepenatan bukan penghalang bagi aku untuk melangkah dan terus melangkah demi mencapai matlamat dan objektif kajian, tugasan, ujian, peperiksaan dan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa. Cabaran utama yang sedang dan akan aku lalui ialah melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM) iaitu menjalankan kajian keatas Kelewatan Penyiapan Projek Pembinaan Jalan Raya di Johor Bahru. Ia merupakan cabaran yang sukar untuk aku luahkan dalam bentuk perkataan dan ayat. Hanya rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang melaluinya sahaja dapat merasai dan memahami kesukaran yang terpaksa dilalui. Walaubagaimanapun, aku sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Tuhan yang Maha Esa dan Maha mengetahui segala-galanya. Panjatkan doa kepada Tuhan mu dan mintalah doa daripada ibubapamu. Doa Seorang Ibu merupakan satu senjata yang paling hebat yang memberi kelebihan kepada pelajar yang mempunyai seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anaknya. Tiada apa yang dapat menghalang doa daripada seorang ibu kepada anaknya untuk terus sampai kepada Tuhan yang Maha Esa.

Cabaran kedua yang telah banyak mendidik dan mengajar aku memahami, melalui dan menjiwai dunia pekerjaan, pengurusan dan hidup dibawah satu organisasi ialah melalui Projek Akhir Sarjana Muda Ukur Bahan. Maju Bestari Consult(MBC)Sdn.Bhd, merupakan sebuah syarikat perunding ukur bahan yang telah diterajui oleh aku, Zul, Amy, Aini Syazwani, Dayang, Nur, Sakinah dan Kamariah. Syarikat ini merupakan tulang belakang kepada kami dalam menyediakan satu dokumen penting iaitu Dokumen Tender. Diharap MBC akan terus maju dan dapat bersaing dengan syarikat rakan-rakan seperjuangan dan seterusnya dapat membuat perubahan dan menambah baikan dalam pelbagai perkara dalam sektor pembinaan negara, hehe. Kepada rakan-rakan seperjuangan, teruskan usaha dan berkerja keras bagi memastikan apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dan dicapai dengan jayanya serta lulus di peringkat perbentangan nanti dengan cemerlang. Selamat Maju Jaya kepada sahabat-sahabatku semua.

Dikesempatan ini aku mengucapkan kepada keluargaku, semua sahabat-sahabat seperjuangan, dan ummat Islam keseluruhannya dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger