Tuesday, September 29, 2009

Ganu Cakne

Aku yang dilahirkan di atas bumi bertuah Negeri Terengganu atau nama popularnya Ganu, merasakan sungguh bangga bergelar sebagai anak jati Terengganu kerana Ganu bukan sahaja mempunyai sebuah negeri yang cantik dan memiliki sumber bumi yang banyak malah kini mempunyai kerajaan negeri yang amat prihatin kepada keseluruhan rakyatnya terutamanya kepada golongan pelajar.

Nak jadikan cerita, aku balik raya tahun ni dengan tiket percuma. Balik dengan bas kerajaan Ganu dibawah seliaan Yayasan Ganu dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA)khas tuk anak-anak Ganu yang belajar di UTM. Tiket percuma balik dan pergi, terbalik tu biasanya pergi dan balik hehe..Cakne sungguh Ganukite sediakan bus untuk pelajar yang tiada tiket untuk pulang berhari raya di kampung. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said juga dijadualkan tiba di UTM pada 17 oktober ni untuk Majlis menyambut hari raya bersama-sama pelajar anak-anak Ganu. Peluang baik untuk makan dan beramah mesra bersama MB.

Nak jadikan cerita lagi, balik raye hari 2 aku tengok anak sdare aku yang sekolah darjah 5 ade komputer riba atau orang panggil e-book siap dengan perisian buku-buku teks dan perisian lain seperti al-quran, doa, amalan solat dan banyk lagi, dah tak payah galas beg penuh dengan buku teks, bawak e-book je pergi sekolah. Bertuah sungguh pelajar anak Ganu, zaman aku menulis pakai buku yang coklat 2 je. hehe. Syukur Allhamdulillah..

Syabas kepada Kerajaan Terengganu kerana telah melaksanakan program penggunaan e-book di dalam proses pembelajaran yang diberi secara percuma di seluruh peringkat sekolah rendah di negeri Terengganu. Program ini juga merupakan yang pertama di Malaysia.

Anak Ganu sungguh bertuah!!

Ganu Cakne!!

No comments:

بسم الله الرحمن الرحيم

Powered By Blogger