Thursday, September 24, 2009
Lahirnya Aku di Muka Bumi.
Dingin subuh, Hujan turun tanpa henti sejak daripada semalam. Air sungai mula naik melimpahi tebing sungai, halaman rumah mula dinaiki air, haiwan ternakan mula ketakutan, ayam mula memanjat pokok, itik naik di atas bumbung rumah, lembu kerbau mula memenuhi jalan dan sawah padi mula kelihatan seperti lautan. Bunyi Arus air bah(air banjir) disertai dengan tangisan bayi, saat ini lah aku dilahirkan sebagai seorang insan biasa dengan izinNya. Tak ku sangka, lahirnya aku dimuka bumi di waktu musim tengkujuh. Itulah takdir dan ketentuan Allah SWT. BAH berlaku setiap kali musim tengkujuh di kampung kelahiranku iaitu kampung Tasek, setiu, Terengganu. Disinilah bermulanya hidup aku yang penuh dengan liku-liku kehidupan.(Al-kisah daripada Ibuku)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment