
Prinsip hidup merupakan pegangan seseorang yang akan menentukan sama ada seseorang itu dapat mencapai matlamat atau tujuan kehidupannya. Sama ada ia berjaya mencapai matlamat itu bergantung kepada prinsip atau pegangan hidupnya itu. Ia merupakan perkara asas yang paling penting bagi seseorang untuk meletakkan dirinya pada landasan yang betul dan tidak terumbang ambing seperti daun yang dipukul atau dibawa oleh arus.
Orang yang tidak mempunyai prinsip kehidupan pastilah tidak akan mencapai matlamat atau tujuan kehidupannya dan pasti ia akan gagal. Ramai manusia yang tidak berprinsip, walaupun ia mempunyai matlamat yang tinggi ,akhirnya menemui kegagalan dan kekecewaan.
Untuk berjaya, pastilah kita seharusnya melihat kepada mereka yang telah berjaya. seorang yang ingin menjadi doktor yang berjaya, akan melihat dan mencontohi kepada doktor yang telah berjaya dan mencapai matlamat mereka. Oleh itu, untuk berjaya di dunia dan akhirat kita mestilah melihat orang yang telah berjaya di dunia dan akhirat. Contoh terbaik adalah, para sahabat dan Rasulullah s.a.w. lihat dan kaji apakah prinsip hidup mereka.
Sekiranya kita sedar dan merasakan kehidupan yang kita lalui sekarang serba tak kena dan merasakan jauh daripada landasan yang benar. lihatlah dan renunglah kembali, adakah kita mempunyai prinsip hidup atau adakah prinsip hidup yang kita pegang sekarang benar-benar menjamin kebahagiaan dan kejayaan didunia dan akhirat.
Renungan Untuk Mu Ezwan.
No comments:
Post a Comment